Saturday, July 31, 2010

Sepucuk surat kutujukn…

Assalammualaikum…


Jika hati, ruh & jiwa diberi kesempatan walau sedetik pn untuk memikirkan, pasti tangisan mnjadi pakaian..

Allahul Musta’aan

“Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan mnjadi tenang & tenteram..”

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuatkn manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka mudahlah kita merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana.. Hatimu menangis dan meranakah?....

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling kita, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya ” Ya..Allah Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, taat kepadaMu dan melaksanakn dakwah di jalanMu ”

Wallahualam bissawab

Mengapa harus bersedih...? Mengapa harus takut...?


sahabatku.. benar janji2 Allah.. Dia tlh menentukan sesuatu.. sesuatu yg terbaik utk kita tanpa kita sedarinya.. yang hilang tidak bermakna ia binasa.. yg pergi bkn bermakna kita hilang segala2nya. cuba kita renungkn… kalau kita ukur.. banyak mane sgt la yg Allah ambil dibandingkn dgn banyak mane yg tlh Dia beri pd kita..

Firman Allah:

“kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tdk akn terhitung bnyknye”(ibrahim 14:34)

Lgpn sahabatku.. yg Allah ambil tu pn bknnye hak kita.. bknnye milik kita… semua tu hny la pnjaman semata drNya. sedar la kita semua xpny apa2.. hny seorang pengembara.. pengembara yg mencari jalan pulang..

tny la pd diri.. bila musibah menimpa, knp harus bersedih? knp harus kecewa? padahal Allah hny tarik sikit je dr kurniaanNya. bukan ke itu petanda yg Allah mungkin akn menggantiknnya dgn sesuatu yg lebih baik lg..?

“berlapang la dada kpd Allah, Yakinlah bhw Allah tlh menentukn sgalanya.. ”

masaalah besar yg harus kita bimbangkn, yg patut kita takutkn adalah… berdepan dgn hasutan syaitan dan iblis.. syaitan yg sntiasa mengajak kita utk melakukn kejahatn.. syaitan yg sntiasa mngajak kita utk mlakukan maksiat… itu adalah yg patut utk diriku dn juga sahabat2ku takutkn.. patut utk kita bersedih malah lebih lagi sekiranya kita hanyut dlm perjuangan jihad seorang pengembara di muka bumi ini.. mujahadatun-nafs

iblis tlh bersumpah dgn Allah SWT bhw dia akn mengganggu bani Adam.. dia akn menggoda bani Adam… dia akn menyesatkn bani Adam… mereka akn berterusan utk melakukannya scr berterusan.. ini adalah masalah sebenar yg prlu kita hadapi..

sahabatku.. adapn masalah lain yg kita hadapi anggap la ia hny asam garam sebuah kehidupn seorng pngembara.. sbg penyeri.. sbg perencah untuk menyempurnakan hidup kita.. yg kelak akn mematangkn jiwa kita.. akal kita dan jgk peribadi kita..

supaya kelak diriku dan jgk sahabat2 seperjuanganku menjadi manusia yg lebih tenang dlm menghadapi apa jua rintangan dan ujian drNya.. berusaha dan yakin la.. serahkn sgalanya pd Allah.. sesungguhnya hny Allah jua yg Maha Menentukn..

wslm


Monday, July 5, 2010

wahai hati..

Sesungguhnya dlm tubuh manusia ada segumpal darah.. jika segumpal darah itu baik maka akn baik pula seluruh tubuhnya..dan sekiranya segumpal darah tersebut rosak maka rosaklah seluruh tubunya.. ketahuilah segumpal darah tersebut adalah....HATI. jika seseorang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah dia memperbaiki terlebih dahulu hatinya...

hati dibahagi 3 iaitu :

1) hati yg sihat
* hati yg bebas dr sebarang syahwat..
* hati yg selamat dr setiap keinginan yg bertentangan dgn perintahNya.
* hati ini mengikhlaskn ibadahnya hny pd Allah.. dlm keinginanya, dlm tawakalnya dn juga dlm pengharapannya..

2) hati yg sakit
* hati ini mengandungi perasaan2 negatif dlm diri seperti : dengki, sombong dan hasad.
* pada hati ini jua ada rs kecintaan pdNya namun pd hati ini jua adanya rs cinta pd syahwat yg menyebabkn pemilik hati ini kdg2 dekat pd keselamatan dn juga kebinasaan..

3) hati yg mati
* hati yg mati tdk mengenal rabbNya..
* tdk menghadirkn setiap perbuatannya berdasarkan pd sesuatu yg dicintai dn diredhaiNya.. nauzubillah..


maka wahai sahabat2ku.. tnylah diri kita sendiri.. termasuk dlm golongan yg manakah kita...? apakah hati kita termasuk dlm hati yg sihat, hati yg sakit atau hati yg mati?

renungknlh firman Allah dlm surah Al-Kahfi ayat 49 :
" Dan diletakkn kitab ( kita amalan perbuatan ) lalu kamu akn melihat org2 yg berdosa ketakutan terhadap apa yg tertulis dlmnya dn mereka berkata : Aduhai celaka kami, kitab apakh ini yg tdk meninggalkn yg kecil dn tdk pula yg besar melainkn ia mencatat semuanya dn mereka mendapati apa yg mereka kerjakan tertulis. dan tuhanMu tdk menganiaya seorang juapun.."


marilah sama2 kita berdoa...
~ Wahai ZAT yg membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agamaMu, wahai ZAT yg membolak-balikkan hati, tuntunknlh hati kami teguh di atas ketaatan kpdMU~ amin ya rabb......